ARTIKEL1

BUNGA & KUPU-KUPU

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga ....dan kupu-kupu. Namun Allah memberikannya kaktus ....dan ulat. Lelaki ini sedih, tidak paham mengapa pemberian-Nya berbeda daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya, lelaki ini amat terperanjat ketika melihat dari pokok kaktus yang jelek dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik.

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah selalu adalah cara yang terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang Anda pinta...tidak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruslah berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

DURI hari ini... Adalah BUNGA hari esok!
ALLAH MENGARUNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN SEGALA SESUATU KEPADA-NYA.